Pada cuti sekolah ini saya amat bersyukur untuk melawati Jakarta, bersama ibu,adik kedua Presha,adik ketiga Deesha dan nenek saya.
ahad 6 sept
Kami berangkat dari Singapura pada 6 Sept 2009,ahad pada jam 12.25 pagi, bila di kapal terbang Jakarta kami amat dikejutkan dengan ramai orang yang di situ dan juga mengadai masalah untuk cari "host" kami iaitu seorang kawan kelurga kami pakcik Rishi.Selepas 40 minit kami sampai di rumahnya di tengah cempaka putih. Kita makan mi soto, tahu,tempe dan syur asinan yang amat lazat.Pada jam 4 kami ke seorang pembuat kad untuk perkhawinan abang sepupu saya Bharat.Selepas itu kami pergi ke sebuah "restaurant" China dengan keluarga Pak cik Rishi,emaknya dan isterinya didi Shalilni dan kami makan sampai perut kita penuh sekali.
isnin 7 sept
Kami bagun pada jam 6.30 di Jakarta dan berenang di kolam renang di rumah selepas makan juadah sarapan kami pergi ke salon Y2 untuk lulur.Saya bersama Presha dilulur dan disaunakan untuk 2 jam,syiok sekali!!!! Bila pulang ke rumah itu kami keluar ke mall Kelapa Gading dan pergi untuk makan di Queens sebuah "restaurant"makan di situ semua lazat-lazat sekali.Namun yang saya paling suka adalah brownies dengan ais krim bersama sos coklat yang panas di hotplate,uhh benar-benar sedap.
sabtu 8 sept
Saya dan Presha bagun dan pergi ke salon lagi kali ini salon Queens di situ kami membuat crem bath untuk rambut dan mani-pedi yang berasa sedap sekali dan kami juga menziarahi sebuah mall bila ibu dan nenek saya pergi memotong rambut.Pada malam kami ke Five star untuk "full" reflexsologi Bestnya!!!!Pada hari itu badan saya berasa nyaman sekali.
rabu 9 sept
Kami pergi untuk sebuah exsibision di Four Seasons hotel selepas itu kami ke ITC Mangga Dua untuk membeli-belah kami hanya membeli beg untuk Presha dan baju-t kami juga membeli 24 cd selepas 3 jam kami amat lapar dan makan McDonald kami letih sekali bila balik ke rumah itu.
Deesha pada hari itu 10 bulan .
khamis 10 sept
Kami ke moi [mall of Indonesia] untuk mengambil photoshoot saya,ibu,Presha dan Deesha. Selapas itu kami ke Breadtalk dan membeli roti.Selepas itu kami ke ITC Mangga Dua untuk membeli belah lagi kami membeli banyak barang, beg tangan, cermin mata,baju-t dan lain-lain
tangan kami penuh sekali saya amat letih dan di dalam teksi saya tidur.Selapas itu kami ke moi lagi untuk membeli-belah dan ambil gambar-gambar itu.Pada malam saya dan Presha kemas-kemasin beg-beg kita.
jumaat 11 sept
Kami ke Bandung yang kira-kira 2 jam dari Jakarta,setengah jalan ke situ kami bercakap-cakap dan setengah jalan lagi kami tidur bila bangun saya melihat"terracing" digunung-gunung mereka sangat cantik dan di Bandung kami ke Rumah Model, di situ kami minum cendol dan makan ais kacang didalamnya adalah nangka sedap sekali.Di rumah model kita membeli-belah banyak barang dan selepas semua membeli-belah itu kami makan pizza,nasi uduk,gado-gado,tahu,tempe,nasi goreng dan 2 jenis mi goreng dan mi goreng "hotplate".Sedapnya,selepas makanan yang lazat itu kami ke Donatello,Carla,Uptown,Secret,Heritage dan Cascade.Kita juga ke Bawean untuk membeli kek-kek,brownie,lapis legit surabaya dan kek marble.Kita makan di situ dan membeli wajek khas Bandung sebelum balik ke Jakarta.
sabtu 12 sept
Emakku pergi ke salon dan saya danPresha menjagai Deesha.Kami juga pergi untuk makan siang di restaurant Paramount yang menghidangi makan yang lazat-lazat semua.Selapas itu kami ke Carrefourdan membeli semua keropok-keropok dan pecal-pecal untuk membawa balik ke Singapura.Bila kami pulang kami amat letih dan membeli kek lapis legit dan kek ambon yang untuk di bawa balik ke Singapura.Kami simpan semua yang dibeli ke dalam beg dan makan tahu dan tempe lagi.
ahad 13 sept
Kami bagun pagi dan sedia untuk pulan balik ke Singapura saya amat sedih kerana di Singapura mesti pergi balik ke sekolah dan juga ada peperiksaan akhiran tahun.Kami amat syukur kepada
pak cik Rishi dan keluarganya dan mengucap selamat tinggal kepada mereka dan balik ke Singapura pada jam 12 dan abang sepupu saya Rajiv menolong kami untuk membawa kami dari kapal terbang Changi ke rumah saya,kami semua makan lodeh.Kami juga mengemas beg-beg dan tidur kerana letih sekali.
Saya amat gembira kearana daat peluang untuk melawati Jakarta.
Ahad, 20 September 2009
Langgan:
Catatan (Atom)